Kembali ke laman utama

Notis Privasi

Notis ini dibuat menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia) untuk borang tempahan di laman ini.

Data yang kami kumpul

Nama, kawasan rumah, jenis kabinet, bila anda mahu kerja siap, nombor telefon (jika anda isi), nota, dan corak yang anda pilih di studio 3D. Kami juga simpan sumber iklan (contohnya kempen Facebook) yang membawa anda ke laman ini.

Tujuan

Untuk membalas permintaan anda, menghubungi anda di WhatsApp atau telefon, dan mengatur lawatan tapak serta sebut harga. Kami tidak menjual data anda.

Pengiklanan

Jika Meta Pixel aktif, maklumat tempahan yang diringkaskan secara sehala (hash) dihantar kepada Meta untuk mengukur prestasi iklan.

Akses, pembetulan dan pemadaman

Anda boleh minta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di WhatsApp atau melalui facebook.com/Kabinetwrap.